
Peranan dan Fungsi Unit Psikologi & Kaunseling
Unit Psikologi & Kaunseling (UPsK) Kolej Matrikulasi Pahang merupakan antara tonggak terpenting dalam Jabatan Pengurusan Pelajar. Ia menawarkan khidmat mesra dan profesional dalam membantu para pelajar meningkatkan kecemerlangan diri, sahsiah, dan kerjaya masa hadapan. Selain itu, UPsK juga berperanan membantu pelajar dalam pelbagai aspek merangkumi penyesuaian diri di kolej, pengurusan akademik, masalah pembelajaran hinggalah kepada permasalah psikologi yang lebih kompleks.
Objektif Unit Psikologi & Kaunseling :
Menyediakan Perkhidmatan Psikologi & Kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
Memberi kesedaran serta pemahaman tentang kelebihan dan kekurangan diri seseorang insan.
iMemberi perkhidmatan membantu menyelesaikan isu peribadi, psikososial, akademik dan kerjaya.
Memberikan pendidikan kesihatan mental dan fizikal serta menimbulkan bakat yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri
VISI
Bersama Mencipta Kesejahteraan dan Kemenjadian Modal Insan
MISI
Mempertingkatkan Kesejahteraan dan Kemenjadian Modal Insan Melalui Pendekatan Psikologi Kaunseling Dan Penasihatan



IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN (UPSI)
DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (KUSZA)

DIPLOMA PASCA SISWAZAH PENYALAHGUNAAN DADAH (UMS)
BACELOR PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KUANSELING (UPM) DIPLOMA BAHASA ARAB DENGAN PENDIDIKAN (KUSZA)

SARJANA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING (UPSI)
BACELOR PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KUANSELING (UPM)





