
Pengenalan Unit Pengajian Am Matrikulasi
Secara umum, Unit Pengajian Am Matrikulasi bertanggungjawab mengurus kursus Pengajian Am Matrikulasi yang ditawarkan, penyelidikan dan menyediakan sokongan akademik kepada pelajar yang mengambil mata pelajaran Pengajian Am Matrikulasi.
Berikut adalah beberapa tugas utama Unit Pengajian Am Matrikulasi:
1. Pengajaran dan Pembelajaran
Menyediakan dan Mengendalikan Kursus: Unit Pengajian Am Matrikulasi bertanggungjawab menyusun silibus, merancang jadual, dan mengendalikan kursus Pengajian Am Matrikulasi untuk pelajar Sistem Dua Semester (SDS) dan Sistem Empat Semester (SES) dalam jurusan Sains dan Jurusan Perakaunan.
Pengajaran: Mengajar kursus Pengajian Am Matrikulasi mengikut jadual waktu yang ditetapkan .
Penyeliaan Projek : Menyelia pelajar yang menjalankan projek Penilaian Berterusan (PB) dalam Video Resume dan Isu Semasa.
2. Penyelidikan
Melaksanakan Penyelidikan: Unit Pengajian Am Matrikulasi menjalankan penyelidikan secara berkumpuloan dalam R&D,PLC dan Inovasi .
3. Program
Menganjurkan Seminar,Bengkel dan Forum: Mengadakan seminar, bengkel, dan forum dalam bidang komunikasi dan kenegaraan peringkat kolej dengan kerjasama agensi kerajaan.
Unit Pengajian Am Matrikulasi memainkan peranan penting dalam memastikan pengajaran, penyelidikan, dan sokongan akademik dalam aspek kemahiran insaniah bidang komunikasi dan kenegaraan berjalan dengan lancar dan berkualiti tinggi untuk melahirkan warganegara yang seimbang.


Dip Pendidikan KPLI ( Hotel Katering/ Pengajian Am)


Bachelor Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling)


BACHELOR PENDIDIKAN (B&K, BAHASA MELAYU)






