
Pengenalan Unit Asrama
PENGENALAN
Secara amnya, Unit Pengurusan Asrama ditubuhkan untuk menjaga segala kemudahan asas dan infrastruktur yang ada di Kolej Kediaman, KMPh. Ketua Unit Pengurusan Asrama dikenali sebagai Penyelia Asrama dan dibantu oleh 6 orang staf yang komited dan prihatin dan di bawah tanggung jawab Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar.
Unit ini bertanggungjawab mengurus kemasukan pelajar ke bilik penginapan dan melaksanakan segala tugas berkaitan hal ehwal Kolej Kediaman dan kebajikan pelajar bersama dengan Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP). Unit Asrama juga bertanggungjawab mengurus segala kelengkapan yang diperlukan bagi setiap bilik di Kolej Kediaman KMPh. Kemudahan asas yang disediakan di bilik pelajar adalah katil, tilam, meja belajar, lampu, almari, langsir dan kipas. Manakala di setiap aras bangunan mempunyai bilik air dan tandas.
KMPh menyediakan 6 blok Kolej Kediaman iaitu:
1) Blok A1 dan A2 (4 tingkat) untuk pelajar perempuan
2) Blok B1 dan B2 (3 tingkat) untuk pelajar lelaki
3) Blok C1 dan C2 (3 tingkat) untuk pelajar perempuan
OBJEKTIF
Menyediakan tempat penginapan yang selesa dan selamat kepada para pelajar.
Melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan dan cemerlang.
Merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan.
Memastikan sistem pengurusan yang cekap dan berkesan.













