Lawatan tapak bagi projek RMK 12 oleh JKR

Lawatan tapak bagi projek RMK 12 oleh JKR

Pada 13 Ogos 2024 yang lalu satu pasukan dari Jabatan Kerja Raya Malaysia telah hadir ke Kolej Matrikulasi Pahang untuk membuat lawatan tapak bagi Projek Pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung, Bilik Kebal dan Lain – Lain Kemudahan serta Kerja – Kerja Menaik Taraf Bangunan di Kolej Matrikulasi Pahang bermula dari jam 11.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.

Lawatan tapak ini bertujuan untuk menyemak dan mengenal pasti skop kerja menaik taraf dan baharu berdasarkan brif yang dikemukakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi ketersediaan penyediaan laporan untuk bengkel memuktamadkan skop dan kos kelak. Lawatan tapak oleh pasukan Jabatan Kerja Raya berakhir mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan mencapai objektif yang disasarkan.

Tentang kami

Kolej Matrikulasi Pahang adalah salah satu institusi pendidikan di Malaysia yang menawarkan program Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hubungi Kami

 

SIRIM Certification

 

 

Jumlah Pelawat

101154
Today: 2
This Month: 182
This Year: 471