Program Kembali Membawa Bakti 10

Program Kembali Membawa Bakti 10

        

Pada 4 Januari 2025, telah berlangsung Program Kembali Membawa Bakti 10 yang bertempat di Dewan Dato' Bahaman, Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh). Program ini kali ini adalah siri ke 10 telah diadakan yang melibatkan seramai 53 fasilitator daripada kalangan alumni KMPh serta disertai seramai 471 orang pelajar jurusan Perakaunan.

Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menghubungkan alumni yang telah berjaya dengan pelajar semasa, sebagai platform untuk berkongsi pengalaman, cabaran, dan strategi menuju kejayaan. Dengan tema kali ini "Sedekad Membawa Bakti", program ini membuktikan komitmen alumni untuk terus menyumbang bakti kepada pelajar dalam bentuk perkongsian pengalaman. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, Tuan Haji Noorhisham bin Samsuddin dan turut dihadiri Ketua Jabatan Sastera Ikhitisas dan Sains Sosial KMPh, Puan Umi Khalsum binti Ab Aziz.

Program anjuran alumni KMPh dan Unit Perakaunan ini diharapkan dapat menjadi platform perkongsiaan perkongsian ilmu, tetapi juga mengukuhkan ikatan antara pelajar dan alumni. Semangat alumni untuk menabur kembali bakti kepada kolej adalah usaha murni yang perlu diteruskan.Semoga program ini terus menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar KMPh pada masa akan datang, melahirkan individu yang cemerlang akademik serta berjiwa besar untuk berbakti kepada masyarakat.

Tentang kami

Kolej Matrikulasi Pahang adalah salah satu institusi pendidikan di Malaysia yang menawarkan program Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hubungi Kami

 

SIRIM Certification

 

 

Jumlah Pelawat

101154
Today: 2
This Month: 182
This Year: 471